Facebook

Follow Us on Facebook

Saturday, October 24, 2015

Terung Gantung Fertigasi


Kali ini pihak animagrotech mencuba tanaman secara gantung pokok yang dipilih adalah pokok terung ungu bulat. Ramai yang bertanya kenapa nak tanam gantung pada hal tanam di bawah pun boleh tak perlulah gantung polybag tu.

Memang pihak animagrotech belum pernah mendapat makluman dari Jabatan Pertanian Pulau Pinang (Cherok To' Kun) tentang tanaman gantung tapi dari response oleh pihak yang mengusahakan tanaman kaedah ini rasionalnya digantung polybag ini ialah:-

1- Ventilation atau aliran udara/oksigen pada akar pokok lebih effective kerana dalam udara juga               mengandungi unsur nutrisi yang diperlukan pokok.

2- Mengurangkan atau mengelak terus penyakit bawaan tanah terutama penyakit pada akar pokok

3- Mengurangkan serangan serangga.

Setakat ini memang nampak perbezaan yang amat ketara antara pokok yang digantung dan pokok yang ditanam di tanah (bukan dalam polybag) 70% pokok terung yang ditanam di tanah dijangkiti mosaic iaitu daun menjadi keras dan berkerot jika dibandingkan dengan pokok yang ditanam secara gantung iaitu dalam 2% sahaja pokok dijangkiti mosaic.


Setting hanya guna barang - barang sekeliling saja tak nak tambah kos untuk percubaan ni.

1 comment:

  1. Assalamualaikum.... Tuan blh sy tahu, kaedah & barang2 basic tuk tanam Cara ni di kawasan Rumah? Nak Cuba kecil2 dahulu...berapa anggaran kos?

    ReplyDelete

 
Blogger Templates