Facebook

Follow Us on Facebook

Sunday, June 28, 2015

Sarang Burung Tempua

                                                              RM35.00 per sarang.

Tengok sarang burung tempua ni .... teringat zaman kanak - kanak masa musim mencari ikan pelaga di paya dan sawah padi lepas musim menuai. Masa tu banyak tempua bersarang rendah di pohon buluh dan yang paling tinggi pun di pohon kelapa.

Banyak ibu burung tempua ni mengajar anaknya terbang atau imbang badan di sarang berbentuk buaian .. tapi sekarang ni susah nak lihat suasana begitu lagi ... kalau ada pun nun jauh didalam rimba.

Kali ni kebetulan ada pula tempua bersarang kat pohon kelapa dekat dengan kebun cili fertigasi ku kali ini ...ntah mimpi apa pula dia bersarang di pohon kelapa tunggal tu .


Monday, June 8, 2015

Lecehnya Nak Merumput


Mana pokok cili ni ... memang tak digalakan rumput tumbuh macam ni bersama pokok cili .. rumput- rumput ini menjadi perumah pulak pada berbagai jenis serangga.


Cabut rumput secara manual ... mahu putus pinggang nak layan pokok serendah ini.




Haa ... baru nampak pokok cili tegak dan lurus sebab akarnya jejak pada asas yang kuat tapi tali penyokong kena pasang juga nanti.

Sunday, June 7, 2015

Cili Fertigasi Pusingan Ke Empat



Tanaman cili merah pada pusingan keempat kali ini, kami tidak menggunakan media sabut tapi cubaan tanam terus di tanah tanpa batas memandangkan tapak tanaman ini tinggi dan belum pernah di tenggelami air.


Jadi media sabut yang digunakan sebelum ini dapatlah diproses semula untuk kegunaan pada pusingan hadapan berkemungkinan untuk tanaman terung panjang. Dan cubaan pertama tanaman terung juga telah dilakukan pada 2 baris terakhir plot cili ini dengan menggunakan formula baja AB yang sama.



Pada pusingan ini penggunaan racun kimia dikurangkan 80% dan racun dari bahan tumbuhan digunakan sebagai pengganti dan juga baja organik foliar dan siraman kawasan akar juga dipraktikan disamping baja AB sebagai punca nutrient utama tumbuhan. Baja organik ini diproses berasaskan molasses sebagai bahan wajib.

Setakat ini hasil memuaskan dan pokok memang nampak kelainan jika dibandingkan dengan guna baja AB semata mata. Pokok hijau yang tidak terlalu gelap dan texture daun lebih lembut dan tidak rapuh.





Tanam Cili Fertigasi Pusingan Ke Tiga



Tanaman cili besar projek animagrotech sebanyak 800 pokok pada Mac 2015 telah dibatalkan
setelah 2 bulan projek berjalan kerana masalah penyakit pokok yang amat kronik.

Dari analisis yang dibuat, punca utama permasalahan adalah didapati dari kesilapan
campuran baja AB dimana ada ketidakseimbangan pada unsur mikro, setelah mendapati
hampir 90% pokok cili mengalami masalah daun kerinting dan batang pucuk membengkok
45 darjah (teleng leher) maka pihak animagrotech telah membuat keputusan untuk
membatalkan projek pusingan ke tiga itu untuk mengelak kos yang berlebihan dan
menjimatkan masa.

Molasses

                                                            Molasses/Pati Gula Merah


                                           1 botol 2 liter molasses pekat RM20.00


Molasses adalah asas pembuatan baja organik ia juga boleh digantikan dengan gula merah seandainya molasses sukar didapati.


Sila whatsapp/sms untuk harga tempahan melebihi 10 liter.



Cuka Kayu Untuk Otai Nenas

Terima kasih kepada abang Muhammad Fadzil dari Klang kerana memberi tip tambahan cara penggunaan cuka kayu tak sangka pula banyak kegunaan cuka kayu dalam pertanian.

Tak dapat admin nak detailkan disini kaedah tambahan yang abang Muhammad Fadzil praktikan tu ... kalau nak tahu lebih lanjut kena pergi melawat kebun abang Muhammad Fadzil di Klang tu


                                  Cuka kayu/mokusaku 16 liter abang Muhammad Fadzil on da way



Dalam perbualan dengan abang Muhammad Fadzil rupanya beliau bukan sahaja menanam nenas untuk pasaran Singapura tapi beliau juga menaman tanaman sayuran yang lain seperti sayuran berdaun bayam, sawi, kangkung dan juga sayuran berbuah .... jadi multi purpose juga cuka kayu ni dalam kaedah pertanian organik abang Muhammad.
 
Blogger Templates