Facebook

Follow Us on Facebook

Saturday, April 26, 2014

Cara Belian Dan Penghantaran



Bagi yang berminat untuk menempah produk yang ditawarkan oleh animagrotech sila ikuti langkah - langkah berikut:-

Pertama

- Pilih produk dan pastikan kuantitinya.
- Pilih cara penghantaran sama ada :-
                                        1- Courier (Pos Laju atau ABX)
                                        2- Pos Biasa (untuk barangan bawah 2kg sahaja)
                                        3- Ambil sendiri (self pick up) di Animagrotech

Bagi yang ingin barangan diposkan diminta semak dahulu kos penghantaran dengan menghubungi Animagrotech

Kedua 

Buat pembayaran samada online/ATM transfer atau direct bank in di cash deposits machine ataupun di kaunter juruwang CIMB bank beserta kos penghantaran (bagi  barangan yang diposkan) ke CIMB Bank 8600996604 M Wari Musa & Ani Abdullah.

Bagi yang ingin mengambil sendiri barangan selepas membuat bayaran (harga barang sahaja), di minta SMS atau whatapps ke no. 0184037090 hari dan waktu pengambilan beserta maklumat pembayaran.


Ketiga

SMS atau whatapps butiran berikut ke no 0184037090.

- Nama
- Produk ditempah beserta jumlah/kuantiti
- Jumlah bayaran


Pengesahan pembayaran anda diterima oleh Animagrotech akan dibuat dalam tempoh 48 jam.
Sekiranya anda tidak menerima pengesahan bayaran oleh Animagrotech dalam tempoh 48 jam sila hubungi bank anda untuk perincian.


Stelah bayaran disahkan barangan yang ditempah akan dihantar pada hari bekerja berikutnya (next working day)

===TERIMA KASIH KERANA BERURUSAN DENGAN ANIMAGROTECH======


Hubungi Kami



Cara Menghubungi Animagrotech



Bagaimana Anda Boleh Hubungi Animagrotech :-

Layari laman blog Animagrotech
Lawatan ke Animagrotech
Telefon : 018-4037090 (hanya untuk hal segera/for urgency matters)
SMS : 018-4037090
Email : animagrotech@gmail.com
Whatsapp : 018-4037090 Mohd Wari

Sebarang pandangan dan pertanyaan boleh diajukan melalui media yang disebutkan dan kami bagi pihak Animagrotech dahalui dengan ucapan terima kasih bagi setiap pandangan dan kritikan membina bagi memajukan lagi Animagrotech untuk terus mengorak langkah dalam bidang pertanian tanah air.

Friday, April 25, 2014

Sabut kelapa untuk tanaman

RM2.00 per bag.

Sabut kelapa untuk tanaman sayuran atau bungaan. Sesuai untuk anda yang ingin mencuba tanaman dalam pasuan atau polybag. Penggunaan sabut kelapa atau cocopeat sebagai media tanaman menggantikan tanah dapat mengelak dari masalah tanaman bawaan tanah.  Antara tanaman yang sesuai ditanam adalah cili, timun, terung, tomato dan lain-lain anda boleh mencuba untuk tahu hasilnya. Bagi pokok bungaan antara yang sesuai ialah vinca, petunia, lavender, ros (perlu campuran bahan lain dalam nisbah 2:1).

Ciri paling utama sabut ialah ia dapat menyimpan air untuk akar tapi perlu anda tahu sesetengah pokok tidak mampu tumbuh sihat sekiranya akarnya berada dalam keadaan yang terlalu lembab, oleh sebab itulah polybag atau pasuan yang berlubang ditepi amat sesuai digunakan. Ini kerana air lebihan dapat dekeluarkan melalui lubang sisinya. Masalah media yang terlalu lembab akan menggalakan serangan kulat cari semburan berkala racun kulat amat digalakan.

Bagi anda yang berkebun dalam sekala besar animagrotech tidak menggalakan membeli sabut kelapa packaging kecil ini kerana ia tidak cost effective.



Thursday, April 24, 2014

Sambungan Proses Tanaman Cili Secara Fertigasi



Umur pokok 3 minggu





Genap pokok berumur satu bulan setelah transplant



Boleh nampak dah bunga cili berjuntaian.




Putik cili dah ada tapi ada serangan penyakit pulak nih..






Senget dek sapaan angin kuat.




Okay dah di ikat pada tali penyokong.



Mem first time menyembur bahan organik campuran cuka kayu untuk 
kawalan serangga dan baik pulih media (sabut kelapa).
Seronok katanya ya lah bila tengok pokok cili sihat dan gemuk
tambahan bunga sedang galak berpercikan keluar dan mengembang.



Assistant berkala ni. Kelihatan ayah membersih semak samun di
bahagian sudut hujung kebun.




Set Mini Tanaman Fertigasi


SET MINI FERTIGASI
Untuk 20 pokok




Bagi yang berminat untuk mencuba penanaman sayuran atau bungaan kaedah fertigasi pihak animagrotech ada menyediakan peralatan berkaitan fertigasi untuk anda mencuba sambil belajar teknik-teknik tanaman cara fertigasi dengan kos permulaan yang rendah sebelum anda bertekad untuk melaksanakan projek pertanian berskala besar iaitu lebih seribu pokok. 

Set mini fertigasi ini pihak animagrotech sediakan untuk tanaman maksima 20 pokok.

update 08.06.2015, cocopeat atau sabut kelapa halus tidak disediakan kerana kos penghantaran yang tidak berbaloi tapi belian secara pukal boleh dipertimbangkan dan L dripper juga tidak dibekalkan kerana ada altenative yg lain yang lebih mesra sistem dan lebih sesuan dengan mikrotube yang lebih kecil.

Set terdiri daripada:-

                                            RM180.00

-1 unit pam akuarium
-13 meter subline uvpipe (tambahan RM2 per meter - sila nyatakan dalam order)
-17 meter micro tube/spagheti tube
-1 unit T, 2 unit elbow dan 1 unit joinner lurus
-20 keping uv polybag size 16" x 16" warna putih/hitam mengikut kesediaan stok
-1 set baja AB 1 liter setiap satu (formula pertumbuhan
-timer jenama sum dengan 8 kali tetapan.
-1 unit penebuk lubang micro tube.


Atau,

                                        RM100.00

-13 meter subline uvpipe (tambahan RM2 per meter - sila nyatakan dalam order)
-17 meter micro tube/spagheti tube
-1 unit T, 2 unit elbow dan 1 unit joinner lurus
-20 keping uv polybag size 16" x 16" warna putih/hitam mengikut kesediaan stok
-1 set baja AB 1 liter setiap satu (formula pertumbuhan
-timer jenama sum dengan 8 kali tetapan.
-1 unit penebuk lubang micro tube.


untuk kesesuaian pemasangan peralatan di tapak mini anda digalakan anda menghantar plan tapak dan draft layout kebun mini anda kepada pihak kami dengan whatsapp gambar plan.

InsyaAllah pihak animagrotech akan cuba menyediakan fitter yang customize dengan plan anda dan jua draft penyediaan piping tanki baja supaya anda tidak kehilangan air baja akibat dari tarikan graviti.


Friday, April 11, 2014

Cuka Kayu Jimatkan Kos


Bagaimana Cuka Kayu Dapat Menjimatkan Kos Penanaman

RM25.00/2 liter
RM40.00/4 liter

Cuka kayu jarang kita dengar tapi sekarang pada sesetengah pengusaha tanaman terutama penanam padi di utara sudah biasa dengan cuka kayu untuk mengurangkan kos racun dan juga menyuburkan tanaman padi.

Bagaimana pula cuka kayu dapat memberi kebaikan pada penanam sayur?

Satu kajian penggunaan cuka kayu telah dijalankan oleh penyelidik Jepun di pusat pertanian di Trinidad di Philipina pada tahun 2010. Sebab itu nama lain bagi cuka kayu ialah mokusaku. Ia diproses dengan membakar kayu terpilih dan asapnya diperangkap untuk menghasilkan cecair dan ditakungkan dalam satu bekas dan cecair yang terhasil itulah yang dipanggil cuka kayu tapi ia terdiri dari tiga bahagian. Proses ini adalah proses penghasil cuka secara organik.



Cuka di campur dengan bahan berikut untuk hasil racun organik tanpa campuran kimia.


Penggunaan utama cuka kayu ialah sebagai bahan campuran kepada sebarang racun atau baja dan ia juga boleh digunakan sebagai salah satu bahan untuk menghasilkan baja kompos menggantikan EM (effective mikcrob).

Contoh penggunaan racun serangga dos yang disarankan ialah 10ml untuk 1 liter air, anda kurangkan dos racun serangga kepada 5 ml dan tambahkan cuka kayu 5 ml anda dapat dos asal 10ml dan tuangkan ke dalam 1 liter air. Kos racun lebih mahal jadi anda dapat jimatkan kos operasi kebun/ladang dengan campuran cuka kayu, disamping cuka kayu bertindak sebagai additive tanpan mengurangkan keberkesanan racun atau baja malah ia meningkatkan lagi keupayaan racun atau baja dengai nilai tambah yang ada pada cuka kayu. Cuka kayu juga boleh dicampur dengan racun rumput dengan mengurangkan dos racun rumput 50% dan tambah cuka kayu 50% untuk dapatkan dos yang di sarankan. Contoh adalah 20ml jadi jadi racun 10ml cuka kayu 10ml dan campur dengan air seperti yang disarankan oleh pengilang.




Broccoli dirawat dengan cuka kayu




Cili selepas dirawat dengan cuka kayu.

Anda boleh cuba untuk lihat hasilnya dan bagi tempoh panjang anda akan dapati kos penyenggaraan kebun/ladang anda menurun 50%.









Tuesday, April 8, 2014

Proses Tanaman Cili Secara Fertigasi


Polybag siap di isi dengan media cocopeat.  Polybag size 16" x 16". Isian media jangan dipadatkan seeloknya hentak kadar sederhana sekali sahaja. Kerana media yang padat mengurangkan aliran udara ke akar pokok. Ingat akar pokok pun perlukan udara .




Polybag telah siap di atur di tapak tanaman dan beralaskan twin bata serta silvershine. Erm..ada polybag tidak diletak kemas dan media agak kurang, seeloknya media diisi hampir penuh polybag (1-2 inci nak penuh). Nampak macam jarang susunannya, tapi susunan ini mengikut standard dari jabatan pertanian iaitu 2.5 hingga 3 kaki jarak antara polybag (center to center ya). Ini susunan untuk varieti kulai 568, kerana kulai 568 ni jenis tinggi dan bukaan rantingnya lebar, jadi bila matang nanti tak cram antara pokok ke pokok dan ini memberi ruang yang selesa pada pokok.





                                            Pokok berumur 1 minggu selepas transplant



                                                           Umur pokok 2 minggu


                                         Ini gambar pokok berumur 2 setengah minggu

Tak boleh tahan dengan rumpai, sekali hujan sekali rumpai berubah. Lorong laluan terpaksa ditutup dengan silvershine.

                                                    KLIK UNTUK BACA SAMBUNGAN












 
Blogger Templates